
1. Senaman
Mahukah anda kelihatan lebih menarik, lebih sihat dan mempunyai lebih banyak tenaga? Bersenam memang ada manfaatnya. Senaman dan pergerakan secara kerap mempengaruhi tubuh anda. Antara manfaatnya ialah anda akan rasa santai, menguatkan otot, kurang rasa bimbang dan meningkatkan harga diri.
2. Sikap Mental yang Positif
Kesihatan mental membolehkan seseorang individu melepasi cabaran harian dan intareksi sosial dalam hidup. Seseorang yang tidak sihat mentalnya mungkin jadi tertekan atau mendapati sukar untuk menangani tekanan hidup yang normal. Sikap mental yang positif membantu kita mengekalkan kesihatan mental yang baik dan sangat penting jika kita inginkan kesihatan optimal.
3. Rehat Harian
Kekurangan waktu rehat harian yang sewajarnya bukan sahaja menjadikan anda letih tetapi juga sangat menjejaskan kesihatan anda. Secara umumnya, kebanyakan orang memerlukan 6-8 jam waktu tidur pada waktu malam.
4. Diet
Kita memerlukan makanan untuk hidup. Tetapi pernahkah anda memikirkan bagaimana makanan yang anda makan menjejaskan kualiti hidup anda? Saintis telah mengenal pasti banyak bahan dalam makanan yang penting untuk mengekalkan kesejahteraan kita. Ia termasuklah karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan serat. Sebanyak 45 protein diketahui penting kepada kesihatan manusia. Nutrien baik diperlukan setiap hari untuk kesihatan yang baik. Apa sebenarnya 'nutrien baik'? Ia adalah kombinasi beberapa perkara termasuk makan pelbagai makanan tanpa mendapat terlalu banyak kalori atau nutrien.
