Selamat Datang

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi bersama-sama berkongsi maklumat serta tips dari sihat, cantik, bergaya.



Tuesday, 5 July 2011

The Farms of Nutrilite

NUTRILITE™ Farm crops are grown according to nature using strictly organic, sustainable farming techniques that promote healthier plants and soils by avoiding synthetic chemical pesticides, herbicide and fertilisers. Let's follow....


Wednesday, 9 March 2011

Sejauh Mana Anda Mengenali Hati Anda?

Mengekalkan Kesihatan Hati yang Baik Herba-herba untuk Hati yang Sihat
Milk Thistle
• Dandelion
• Kunyit


Sejauh Mana Anda Mengenali Hati Anda?

Hati adalah organ kedua terbesar di dalam tubuh, selepas kulit. Ia terletak di kawasan sebelah atas kaviti abdomen, betul-betul di bawah diafragma. Ia adalah organ yang amat penting, yang bertanggungjawab terhadap sebilangan besar fungsi penting di samping peranannya dalam penghadaman.
Setiap benda yang memasuki darah dari saluran penghadaman lalu menerusi hati sebelum dihantar ke kawasan lain dalam tubuh. Ia menyimpan 13% bekalan darah tubuh pada bila-bila masa.

Hati bertindak sebagai tempat pembuangan sisa toksik. Racun serangga, pengawet dan toksin lain mungkin terkumpul dan melemahkan hati. Walaupun toksin tertentu mungkin tidak berkumpul di dalam hati, fungsi hati mungkin terjejas jika toksin ini memberi kesan buruk pada fungsi organ-organ lain terutamanya pankreas atau buah pinggang.
Oleh itu, hati juga adalah organ pelindung penting, yang mengandungi fagosit aktif yang menghapuskan bakteria dan bendasing lain daripada darah ketika lalu menerusi hati.

Hati menghasilkan beberapa protein darah penting dan molekul lain, menyimpan zat besi serta vitamin-vitamin tertentu, membuang hemoglobin yang lama, menyahtoksik banyak ubatan dan toksin, dan adalah tempat utama untuk metabolisme produk-produk yang dihasilkan oleh penghadaman karbohidrat, protein dan lemak.
Lemak tidak boleh dihadamkan tanpa hempedu, yang dihasilkan di dalam hati, disimpan dalam pundi hempedu dan dibebaskan mengikut yang diperlukan ke dalam usus kecil. Hempedu juga adalah penting untuk penyerapan vitamin A, D, E dan K, iaitu vitamin-vitamin larut lemak. Selepas penghadaman, asid hempedu diserapkan semula oleh usus, kembali ke hati dan dikitar semula sebagai hempedu sekali lagi.

Apa itu Penyahtoksikan Hati?

Pada zaman dan masa ini di mana kebanyakan makanan diproses untuk memberi kemudahan, tubuh manusia dan sistem penyahtoksikannya terlebih beban dengan mudah. Beribu-ribu bahan kimia ditambah ke dalam makanan dan beratusratus telah dikenal pasti dalam air minuman sahaja! Kesemua ini boleh membawa kepada kemusnahan vitamin dan mineral, yang diperlukan untuk laluan penyahtoksikan dalam hati. Hati mesti menangani setiap bahan kimia toksik dalam persekitaran kita, juga lemak rosak yang terdapat dalam makanan berproses dan bergoreng.
Sebagai penyahtoksik, hati mengurai atau mengubah bahan-bahan seperti amonia, sisa metabolik, dadah, alkohol dan bahan kimia, supaya kesemuanya boleh dikumuhkan.

Punca-punca jangkitan hati

• Jangkitan akibat parasit, sering berpunca daripada bekalan air tercemar yang terdapat di bandaraya-bandaraya besar. Organisme berbahaya yang lain mungkin memasuki perut dan aliran darah anda dari sumber-sumber ini.

• Beban mikroorganisme tidak sihat yang tinggi juga boleh berpunca daripada makanan yang disediakan dalam keadaan yang tidak bersih oleh orang-orang yang membawa bakteria, virus atau parasit pada kulit mereka.
• Makanan, terutama daging yang tidak segar atau yang diawet, juga mengandungi beban bakteria yang lebih tinggi, yang akan menambah beban kerja penuras hati jika ia dimakan secara kerap.

Tahukah anda?

Jika anda teliti hati di bawah mikroskop, anda akan melihat berbaris-baris sel hati yang dipisahkan dengan ruang-ruang yang bertindak seperti penuras atau penapis, di mana aliran darah mengalir. Penuras hati dihasilkan untuk menghapuskan bahan toksik seperti sel-sel mati, mikroorganisme, bahan kimia, dadah dan serpihan zarah dari aliran darah.

Pada hari ini, sudah menjadi satu gaya hidup untuk orang menyahtoksik tubuh mereka secara berpuasa atau membersihkan usus dengan campuran serat. Berpuasa hanya boleh menjadi kaedah sementara untuk membersihkan tubuh daripada produk sisa, dan bagi kebanyakan orang, ia menyebabkan pembebasan toksik yang cepat secara berlebihan dan boleh menyebabkan simptom-simptom yang tidak menyenangkan lagi teruk. Penuras hati, seperti mana-mana penuras lain, perlu kerap dibersihkan, dan adalah lebih mudah dan lebih selamat untuk melakukannya setiap hari. Ini dicapai secara mudah dan selesa dengan mengamalkan pola pemakanan harian yang mengekalkan penuras hati dalam keadaan yang sihat lagi bersih.

Walaupun mengekalkan pergerakan usus secara kerap dan dinding-dindingnya dengan serat tinggi adalah penting, patut diingat bahawa perut sebenarnya adalah saluran perkumuhan dan bukan organ pembersihan. Dengan kata lain, usus tidak boleh membersih, menuras atau menghapuskan sisa toksik dalam aliran darah. Hanya hati yang boleh menulenkan aliran darah.

Oleh itu, sistem penyahtoksikan hati yang efisien memang penting bagi kesihatan. Bagi menyokong proses ini, kebanyakan nutrien utama perlu dimasukkan ke dalam diet.

Kepentingan Hati yang Sihat

Hati mempengaruhi hampir setiap bahagian tubuh manusia. Ia menjadi loji kuasa bahan kimia dalaman tubuh dan bertindak sebagai penuras untuk menghapuskan bahan-bahan alkohol dan toksik dari darah dengan mengubahnya menjadi bahan-bahan yang boleh dikumuhkan dari tubuh, dan sekali gus mencegah daripada penyakit tertentu. Adalah penting organ ini melaksanakan peranannya dengan efisien kerana:

• Toksin memasuki tubuh setiap hari dan hati mempunyai tanggungjawab menurasnya dari aliran darah.
• Hormon yang mempengaruhi kesejahteraan fizikal dan emosi adalah diaktif dan diuraikan di dalam hati.
• Kebanyakan vitamin, termasuk beberapa dalam kumpulan B kompleks bergantung pada hati untuk mengaktifkannya.
• Metabolisme lemak dan karbohidrat bergantung pada hati yang berfungsi dengan baik, yang memberi kesan terhadap paras tenaga dan kemampuan tubuh untuk menggunakan lemak sebagai bahan bakar.

Adakah hati anda memerlukan lebih perhatian?

Orang yang perlu lebih berhati-hati mengenai hati mereka adalah termasuk mereka yang:

• Makan makanan berlemak atau umumnya mempunyai diet yang teruk
• Mempunyai fungsi penghadaman yang teruk
• Perlu menurunkan paras kolestrol mereka
• Menggunakan ubat perancang kehamilan yang dimakan, Terapi Penggantian Hormon (Hormone Replacement Therapy) atau ubat hormon yang lain
• Minum minuman beralkohol dengan kerap
• Terdedah kepada racun serangga, pelarut atau pencemar persekitaran yang lain
• Cuba mengurangkan lemak badan

Hati yang Berfungsi Secara Teruk

Tanda-tanda dan Simptom-simptom yang mungkin
• Hepatitis A, B dan C – pembengkakan hati
• Cirrhosis atau parut hati sering terjadi akibat penggunaan alkohol yang berlebihan
• Pigmentasi kulit
• Ekzema
• Lingkaran hitam di bawah mata
• Fungsi pundi hempedu yang teruk
• Sembelit
• Tidak tolerans pada lemak
• Kulit gatal-gatal
• Rasa mual

Herba-haba untuk Hati yang Sihat

Milk Thistle (Silybum marinum) adalah tumbuhan yang tinggi dengan rupa seperti thistle. Tumbuhan asli Eropah, Milk Thistle biasanya tumbuh dari 2 hingga 7 kaki tinggi, dengan daun berduri dan bunga merah keunguan, berbentuk tisel. Milk Thistle yang berasal dari Eropah mempunyai sejarah penggunaan yang panjang sebagai makanan dan ubat. Di peralihan kurun ke-20, tukang-tukang kebun orang Inggeris menanam Milk Thistle untuk mengguna daunnya seperti selada (selepas memotong duri), tangkai seperti asparagus, biji panggang seperti kopi, dan akar (yang direndam semalaman) seperti tumbuhan tiram. Biji dan daun Milk Thistle diguna untuk tujuan perubatan juga, seperti merawat jaundis dan meningkatkan penghasilan susu ibu.

Apakah kegunaan Milk Thistle?

Milk Thistle diguna sebagai rawatan pelengkap untuk masalah hati, terutama hepatitis (kronik) jangka panjang dan cirrhosis serta keradangan saluran hempedu (cholangitis). Penyelidikan ke atas silymarin menyarankan bahawa ia boleh melindungi hati daripada keradangan.

Penyelidikan ke atas haiwan dan penyelidikan awal ke atas manusia menunjukkan bahawa silymarin adalah antioksidan, yang membantu melindungi tubuh daripada bahan-bahan yang memusnahkan sel dinamakan radikal bebas. Silymarin juga boleh mengurangkan keradangan dan menghalang kesan toksin yang membahayakan hati.
Berdasarkan penggunaan Milk Thistle oleh penduduk desa yang meluas ke atas dalam kes-kes jaundis, penyelidik perubatan Eropah mula menyiasat kesan perubatan. Kini ia diguna secara meluas untuk merawat hepatitis alkohol, cirrhosis hati, keracunan hati dan hepatitis virus, juga untuk melindungi hati secara am daripada kesankesan pengubatan toksik hati.

Menurut beberapa penyelidikan, rawatan menghasilkan pembaikan dari segi simptomsimptom penyakit hati kronik, seperti mual, lemah, hilang selera, lesu, dan sakit. Enzim hati seperti yang diukur melalui ujian darah boleh bertambah baik, dan jika biopsi hati dilakukan, mungkin ada pembaikan di tahap selular. Milk Thistle terdapat dalam bentuk kapsul atau sebagai tinktur (yang digabung dengan alkohol).

Silybin

Sebatian kimia aktif dalam Milk Thistle ialah silybin, yang berfungsi sebagai antioksidan dan satu daripada agen perlindungan hati paling mujarab. Silybin adalah sebahagian daripada campuran flavonoid yang dirujuk sebagai silymarin. Ujian klinikal telah membuktikan Silybin adalah berkesan untuk melindungi hati daripada bahan kimia bertoksik.

Dandelion (Taraxacum officinale) juga dikenali sebagai gigi singa, bola tiup, cankerwort, mahkota rahib, muncung khinzir, dan wild endive. Tumbuhan itu membesar sehingga ketinggian kira-kira 12 inci, menghasilkan daun seperti spatula dan bunga kuning yang kembang sepanjang tahun. Apabila matang, bunga itu berubah menjadi kelongsong spora mengandungi biji yang disebarkan oleh angin. Daun dan akarnya diguna dalam suplemen herba. Ia adalah sumber makanan yang bagus dan sering dimakan sebagai salad. Akarnya yang dikeringkan dan dikisar telah diguna secara tradisional sebagai pengganti kopi dan dengan kandungan vitamin A lebih tinggi daripada paras yang ada dalam karot, ia nampaknya lebih berkhasiat.

Faedah kesihatan Dandelion

Sejak berkurun-kurun, akar dandelion telah dianggap sebagai pelawas yang berkesan dan lembut. Akar dan daun paling sering diguna untuk merawat keadaan seperti jaundis dan hepatitis, dan untuk menggalakkan penghadaman biasa. Bunga kuning juga mengandungi sebatian berfaedah. Semua bahagian tumbuhan mempunyai pekatan vitamin A, kolina, dan vitamin B yang merangsang hati.

Dandelion telah diguna untuk nilai pemakanannya juga untuk pengekalan air, pengawalan glukosa darah, sakit perut, jangkitan saluran kencing, sakit buah pinggang dan batu karang, kesakitan pada hati dan pundi hempedu, dan kehilangan selera makan.

Kunyit

Kunyit adalah rempah yang agak pahit yang diambil daripada akar suatu tumbuhan dalam keluarga halia. Rempah ini diguna untuk memberi rasa kepada makanan yang dibakar, kari, ikan, ayam itik, kuah, salad dan kuah salad.

Dalam pigmen kuning Kunyit ialah curcuminoid, yang merupakan antioksidan dengan ciri-ciri memusnahkan radikal bebas nitrik oksida. Tindakan Kunyit bukan sahaja menyekat nitrik oksida secara langsung tetapi juga enzim yang menghasilkannya. Curcuminoid juga didapati berperanan dalam menyerang mikroorganisme.

Cara memilih suplemen herba untuk menyokong kesihatan hati

Jika anda memilih ekstrak Milk Thistle atau Dandelion, pastikan ia distandardkan. Ini memastikan:
• produk itu konsisten dari segi pekatan bahan-bahan aktif, dan
• bahawa anda menerima produk yang telah diselidik secara teliti dan dihasilkan dengan berhati-hati untuk kesihatan anda.

Langkah-langkah Pencegahan

Siapa yang tidak harus mengambil Milk Thistle?
• Milk Thistle boleh menyekat metabolisme ubat tertentu. Sebelum mengambil herba ini, dapatkan nasihat doktor atau pakar farmasi jika sebarang ubat yang andasedang ambil mempunyai tindak balas secara langsung dengan Milk Thistle.
• Sebelum mengambil Milk Thistle, bincangkan dengan doktor, pakar farmasi, atau golongan profesional dalam penjagaan kesihatan jika anda mempunyai sebarang alahan (terutama terhadap tumbuhan), mengalami sebarang keadaan yang perlukan perubatan, atau jika anda mengambil ubat lain atau suplemen herba/kesihatan lain.
• Jangan ambil Milk Thistle tanpa berbincang dahulu dengan doktor anda jika anda hamil atau merancang untuk hamil. Adalah tidak diketahui sama ada Milk Thistle akan atau tidak membahayakan bayi yang belum lahir.
• Jangan ambil Milk Thistle tanpa berbincang dahulu dengan doktor anda jika anda menyusui bayi. Adalah tidak diketahui sama ada Milk Thistle akan atau tidak membahayakan bayi yang sedang menyusu.

Kemungkinan kesan sampingan Milk Thistle

Milk Thistle berpotensi untuk meningkatkan atau menurunkan paras kebanyakan ubat, termasuk yang diguna untuk jangkitan HIV. Oleh itu, orang yang menghidap HIV/AIDS yang mengambil ubat anti-HIV harus menghubungi doktor dan pakar farmasi mereka mengenai tindak balas yang mungkin dengan milk thistle.

Siapa yang tidak harus mengambil Dandelion?

• Jangan ambil Dandelion tanpa berbincang dengan doktor jika anda:
-mempunyai masalah pundi hempedu
-diabetik atau mengambil ubat untuk mengawal paras gula darah
- mengambil diuretik (pil air)
-mengambil antipenggumpalan (pencair darah)
• Anda mungkin tidak boleh mengambil Dandelion, atau anda mungkin memerlukan pelarasan dos atau pemantauan khas pada masa rawatan jika anda mempunyai sebarang keadaan yang disenaraikan di atas.
• Sebelum mengambil dandelion, berbincang dengan doktor, pakar farmasi, atau golongan profesional dalam penjagaan kesihatan jika anda mempunyai sebarang alahan (terutama terhadap tumbuhan), atau jika anda mempunyai sebarang keadaan perubatan, atau jika anda mengambil ubat lain atau suplemen herba/kesihatan lain. Dandelion tidak boleh disyorkan dalam beberapa situasi.
• Jangan ambil Dandelion jika anda hamil, merancang untuk hamil atau menyusui bayi. Kemungkinan kesan sampingan Dandelion:
• Walaupun jarang, tindak balas alahan terhadap Dandelion boleh berlaku. Berhenti mengambil Dandelion dan dapatkan bantuan kecemasan perubatan jika anda mengalami tindak balas serius termasuk kesukaran bernafas; kerongkong tersekat; bibir, lidah atau muka anda menjadi bengkak; atau gatal-gatal
• sakit perut
• ruam
• pedih ulu hati

Cara Melindungi Hati Anda

• Minum banyak air yang bersih dan tulen.
• Elakkan atau hadkan pengambilan alkohol untuk mengurangkan kemusnahan hati selanjutnya.
• Elakkan atau hadkan pendedahan anda terhadap toksin persekitaran, termasuk wasap ekzos juga racun serangga, bahan cemar dan pelarut.
• Gabungkan diet yang rendah lemak dan tinggi serat.
• Ambil antioksidan seperti vitamin A, C dan E.
• Ambil suplemen herba untuk menyokong hati yang sihat.

Sumber:
www.mayoclinic.com
www.naturalfacts.com.au
www.liverfoundation.org
www.yalenewhavenhealth.org
www.butler.org
www.liverdoctor.com
www.amway2u.com

Catatan: Kandungan ini adalah bertujuan memberi informasi sahaja dan bukan untuk mengganti nasihat profesional. Sila dapatkan nasihat daripada doktor jika terdapat sebarang persoalan atau kebimbangan yang mungkin anda hadapi berkenaan kesihatan anda.

Saturday, 22 January 2011

Empat Asas Kesihatan Optimum


1. Senaman


Mahukah anda kelihatan lebih menarik, lebih sihat dan mempunyai lebih banyak tenaga? Bersenam memang ada manfaatnya. Senaman dan pergerakan secara kerap mempengaruhi tubuh anda. Antara manfaatnya ialah anda akan rasa santai, menguatkan otot, kurang rasa bimbang dan meningkatkan harga diri.


2. Sikap Mental yang Positif


Kesihatan mental membolehkan seseorang individu melepasi cabaran harian dan intareksi sosial dalam hidup. Seseorang yang tidak sihat mentalnya mungkin jadi tertekan atau mendapati sukar untuk menangani tekanan hidup yang normal. Sikap mental yang positif membantu kita mengekalkan kesihatan mental yang baik dan sangat penting jika kita inginkan kesihatan optimal.


3. Rehat Harian


Kekurangan waktu rehat harian yang sewajarnya bukan sahaja menjadikan anda letih tetapi juga sangat menjejaskan kesihatan anda. Secara umumnya, kebanyakan orang memerlukan 6-8 jam waktu tidur pada waktu malam.


4. Diet


Kita memerlukan makanan untuk hidup. Tetapi pernahkah anda memikirkan bagaimana makanan yang anda makan menjejaskan kualiti hidup anda? Saintis telah mengenal pasti banyak bahan dalam makanan yang penting untuk mengekalkan kesejahteraan kita. Ia termasuklah karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan serat. Sebanyak 45 protein diketahui penting kepada kesihatan manusia. Nutrien baik diperlukan setiap hari untuk kesihatan yang baik. Apa sebenarnya 'nutrien baik'? Ia adalah kombinasi beberapa perkara termasuk makan pelbagai makanan tanpa mendapat terlalu banyak kalori atau nutrien.

Thursday, 20 January 2011

Makan dengan Betul bukan selalunya Mudah


Kebanyakan kita hidup dalam persekitaran yang sibuk. Sentiasa ada perkara untuk dilakukan, tempat untuk dituju tetapi tidak pernah ada masa yang cukup untuk melakukan semuanya. Gaya hidup yang sibuk boleh membawa kepada jumlah tekanan dan kebimbangan yang tidak sihat, tidak cukup rehat dan diet yang tidak sempurna.


Diet seimbang penting untuk kesihatan yang baik. Setiap diet harus memasukkan protein, karbohidrat(gula dan kanji), lemak, vitamin dan mineral. Tetapi pola gaya hidup dan dietri kita yang sibuk yang kebanyakannya terdiri daripada makanan yang di proses tanpabuah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup boleh menghalang kita mengikuti diet yang sempurna la berkhasiat. Hal ini menjadikan sukar untuk memenuhi pengambilan Nutrien yang disyorkan dan menjadi suplimentasi lebih diperlukan lagi.

Monday, 17 January 2011

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Sihat~Cantik~Bergaya. Blog ini sekadar perkongsian maklumat tentang kesihatan dan produk-produk kesihatan.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama blog ini.